Pages

Thursday, 5 December 2013

BUBUR BIJI NANGKA BULAT BERSAMA SAGU

OKEY... First kita bancuh tepung pulut bersama air garam yang di taruk pewarna kesukaan. So agak-agak je ler antara air n tepung tu bancuh sehingga ia menjadi doh dan tidak melekat kat tangan.
Kemudian ambil sedikit doh tadi dan bulat/lonjong kan doh tersebut mengikut citarasa sendiri dan tak kira bentuk apa pun boleh nak buat. Kemudian masuk kan doh yang telah dibentukkan tadi ke dalam air panas yang mendidih dan biarkan sampai ia terapung dan baru angkat dan masukan pula kedalam air biasa yang ditaruk dalam bekas. Ini bertujuan untuk biji-biji nangka itu tidak melekat antara satu sama lain. Selepas itu baru angkat dan toskan seperti gambar dibawah.

 

Seterusnya didihkan santan, gula, daun pandan, sagu dan secubit garam. Kemudian baru masukan biji nangka tadi seperti gambar di bawah.

 
Apabila bubur sudah mendidih dan biji-biji nangka tadi sudah timbul didalam didihan santan tersebut boleh ler tutup api dan sedia untuk di makan.
 
 

 
Senang n mudahkan ...






KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

Salam hari Khamis semua...
Minggu lepas teringin nak makan something yang manis dan bercheese, so bila google dapat ler satu resepi ni iaitu KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE hehe. So let see resepinye dan gambar kek yang telah siap di buat.

Resepi:  Yatie Sinar Kehidupanku

Loyang 8x8x3 inci

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.





Rasanya memang sedap hahaha, masuk bakul angkat sendiri pulak tapi tak apa sendiri yang angkat kan kan kan.... So thank you so much yang empunya resepi














Wednesday, 27 November 2013

NASI AYAM COBAAN PERTAMA KALI .....

Okey, this first time masa nasi ayam. So rasanya tu boleh - bolehlah hahaha.
Tapi walauapapun semangat mencuba masih ada hehehe cayok cayok cayokkkkk.
Akan aku laku untuk kedua kali next time.



 
 
 


KEK KUKUS COKLAT MOIST

Salam semua,

Wow.... rasa lama dah tak updated blog, maklumlah time busy memang busy bebenor tapi bila time tak ader keje memang free bebenor hahaha.
Now let to resepi kita untuk hari ini iaitu :

KEK COKLAT MOIST KUKUS
resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
 
DAN HASILNYA...
 
 







 
.....TQ YANG EMPUNYA RESEPI....

Wednesday, 23 October 2013

PUDING OREO

Hai semua,

K terus kepada resepinye...
  • Agar2 10g
  • 9 sudu gula
  • 725ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu essan vanilla
  • 2 sudu serbuk koko
  • 2 sudu milo
  • setengah paket oreo
caranye...
  • Didihkan gula,agar2 dan air sehingga sebati
  • Masukan susu cair dan essen vanilla kacau sampai sebati
  • Bahagi kepada dua bahagian dan satu bahagian di campurkan milo dan serbuk koko
  • Kemudian masukan separuh dari bahagian yg mengandungi koko ke loyang dan biar separa mengeras.
  • Setelah itu, lapiskan pulak dgn bahagian yang satu lagi dan disusunkan biskut oreo dan dibiar separa mengeras.
  • Setelah itu masukan kembali lapisan koko yang separuh lagi tadi. Siap...

 


PUDING ROTI

ASSALAMUALAIKUM...

Terus kepada resepi untuk arini iaitu pudding roti. Okey, pudding ni di buat waktu ada jamuan office aritu. so meh tgk resepinye... Before that, say to thanks kat blog life 101 atas resepi ini.
  • 4 @ 5 keeping roti butterscotch
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu essen vanilla
  • sedikit butter cup
  • coklat chip

       1. Pukul gula, telur dan esen vanilla, pukul rata. Masukkan pula susu cair serta kacau
           hingga sebati.
       2. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang.
       3. Adunan tadi dituangkan atas roti dan bolehlah diletakkan coklat chip
       4. Kukus selama 25 minit dengan api sederhana.
       5. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk  sebelum
           dihidangkan...

Sosnye...
  • 1 cawan susu full cream / fresh milk @ susu cair
  • 3 camca besar air
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
     1. Masuk je semuanye n kacau cuma tepung kastard tu di bancuh lu dgn 3 sudu air, baru masuk  
         gaul sekali atas api supaya mudah sebati dan tidak berketul





 









Friday, 4 October 2013

Nasi Lemak Ayam Goreng

Sabtu lepas masak nasi lemak bersama ayam goreng yang tak sempat nak updated. Boleh tahan ler sbb anak buah kata sedap n buktinye habis seperiuk erhmmmm. So nak tgk tak nasi lemaknye...

 Jeng
 
Jeng
 
Jeng
 
 
 
 
 
 
 


HEALTHY BREAKFAST

Wow, healthy breakfast.....
Sejak bila nie makan healthy breakfast hehehe.
Tak kisah ler, yang penting meh tengak my breakfast picture.

 
 Dalam picture diatas tertinggal satu bahan iaitu TELUR

 
 Butter disapu sedikit diatas roti sebelum dibakar
 






Tuesday, 1 October 2013

Masjid adalah pasar akhirat,
Buku adalah sahabat setia seumur hidup,
Amal kebajikan adalah penenang didalam kubur,
Ahlak yang baik adalah mahkota kemuliaan,
Kemurahan hati adalah pakaian yang paling indah,

PaStA... LaGi dAn LaGi

Pasta pasta dan pasta ....
Asyik masak benda yang sama n sama je hehehe, bagai tak ader idea. Tapi yang sebenarnya saya suka makan pasta, that why apa yang saya ayik ulang masak tu bermakna saya suka makannnnn.
So meh tgk pastanye.....




Monday, 30 September 2013

PULUT KUNING

Now I have free time, so time to updated my blog lalalalala.....
Hari ini baru Isnin tapi dah syik fikir je minggu ni this Saturday nak buat ape dengan menggunakan kukus, so ada sesiapa yang ada idea tak? Erhmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......................... nanti-nanti je ler fikir coz now nak tunjuk apa yang I buat minggu lepas.




HOW?????
Jom tgk resepinya....

KUKUS PULUT
  • First rendam pulut semalaman bersama serbuk kunyit dan taruk sekeping asam keping. Kiranya nak kukus pagi esok so rendam malamnye k. Asam keping tu just petua orang yang mengatakan bila taruk asam keping ketika rendam pulut tu kuning kunyit tu akan melekat kat pulut tu. Untuk kebenaranya saya sendiri pun tak pasti saya just letak je mengikut resepi yang saya google kat tenet.
  • Ketika hendak kukus bilas dahulu pulut tu dengan air biasa supaya kelodak kunyit tu keluar
  • Kemudian lobang-lobang kukus tu ditutup dengan daun pandan dan baru letak beras pulut tu kat dalam kukus. Kukus separuh masak, agak-agak dalam 20 minit
  • Ketika sedang kukus pulut tu sedia kan santan yang di taruk sedikit garam.
  • Setelah pulut separuh masak, angkat taruk dalam bekas lain tarukkan santan yang ditaruk garam tadi. Taruk just agak-agak lemak dan masin mengikut cita rasa masing dan balik-balikkan pulut tu supaya semua bahagian kena santan tersebut.
  • Kemudian kukus kembali pulut tersebut lagi 20-25 minit. Setelah itu siap untuk dihidang.
Untuk resepi sambal tumis tak perlu kot sbb saya rasa ramai yang tahu cara membuatnye....



MASAKKAN RINGKAS...

Erhm assalamualaikum semua....
Arini nak updated masakkan ringkas untuk malam tadi.
See I masak pucuk paku masak lemak, ikan masin and ayam masak kicap bercili.
Harap dengan menu-menu yang I tunjukakan dalam post-post masakan dapat memberi idea untuk U all semua masak.... Walaupun I ni bukan pandai masak n bukan ada idea sangat pun HE HE HE. Just like to sharing.





Thursday, 26 September 2013

MAKAN MALAM...

Morning,

Wowww !!! today awalnya dah post blog hehe. Hari ini nak updated masakkan makan malam tadi. Simple je just masak SAMBAL TUMIS IKAN BILIS taruk kentang, SAYUR GORENG bersama telur dan lobak masinnnnn dan TAUHU TELUR goreng. Resepi rasanya tak perlu coz so simple masakan n every people know about recipe.....



Wednesday, 25 September 2013

APAM NINJAGO / POKADOT dot dot.....

Assalamualaikum....

Today nak tunjukkan gambar apam yang saya buat last weeks for my son. He very like the apam n sampai tak mau makan nasi sbb kenyang makan apam tu. Maybe sbb apam tu ada gambar kartoon NINJAGO kegemaran dia. About recipe same my older posts, but the different is pakai pengukus BARU hehehe. And I also nak ucapkan thanks you to Aeon Big coz buat promotion untuk pengukus tu, I LOVE SO MUCH..... Then tunggu k untuk kuih kukus terbaru tak lama lagi :)-



 

  Ni ler rupa Ninjago

Tuesday, 24 September 2013

PORRIDGE SALMON WITH CARROT

I cooked porridge this morning for my baby, after already cooked I blend the porridge till smooth and soft. Then, half porridge I send to nursery and balance the porridge I keep in the refrigerator at the hard part. Then tomorrow I will heat and give to the nursery again. So I just cooked porridge two days off. So let see my porridge :)-

 

Friday, 13 September 2013

Morning u all......
Today nak tunjuk kat u all pudding pelangi yang berwarna warni cam pelangi tapi tak cukup warna pelangi just 3 colour saje.

Resepinya:
  • 10g agar-agar
  • 10 sudu gula, pudding kali ni bg manis sikit hehe
  • 1 tin susu sejat
  • 650ml air
  • 2 sudu milo
  • 1 sudu serbuk koko
  • 1 sudu tepung kasted di bancuh dgn 2 or 3 sudu air
  • 1 1/2 sudu butter
  • pewarna sirap
  • pewarna kuning
  • pewarna coklat
  • perasa vanilla
  • perasa strawberi
Cara:
  • Didihkan air + gula + agar-agar
  • After dah didih masukkan susu sejat + butter + tepung kasted
  • Setelah sebati bahagi kepada 3 bahagian A, B n C
  • A = Taruk pewarna kuning dan perisa vanilla
  • B = Taruk pewarna merah dan perisa strawberi
  • C = Taruk serbuk koko dan milo serta pewarna coklat
  • A dan B di letak dalam bekas lain tapi yang C dibiar dlm periuk asal supaya senang kacau untuk cair kan milo n serbuk koko tu
  • kemudian baru tapih campuran C dlm bekas lain
  • The last step, singetkan bekas n tahan dengan apa-apa benda pastu tuang sesenduk bagi setiap warna secara berselang seli bermula merah, kuning dan coklat sehingga abis bancuhan agar-agar tu.
  • Paling penting waktu tuang pastikan tangan anda statik tidak bergerak untuk mendapatkan warna pelangi yang cantik


 
Sekian hehehe........




Friday, 30 August 2013

Salam Hari Raya,
I think masih sempat lagi kot coz masih dibulan syawal walaupun hanya tinggal seminggu lagi.
Rasanya lama tak update resepi terbaru. Now nak tunjukakan kunyaku jelly buah campuran, let see my jelly in the picture...




untuk jelly kali ini, no resepi coz p je beli jelly ni dlm pack kat kedai and follow je arahan di belakangnye.... very easy kan hehehe