Pages

Thursday, 5 December 2013

BUBUR BIJI NANGKA BULAT BERSAMA SAGU

OKEY... First kita bancuh tepung pulut bersama air garam yang di taruk pewarna kesukaan. So agak-agak je ler antara air n tepung tu bancuh sehingga ia menjadi doh dan tidak melekat kat tangan.
Kemudian ambil sedikit doh tadi dan bulat/lonjong kan doh tersebut mengikut citarasa sendiri dan tak kira bentuk apa pun boleh nak buat. Kemudian masuk kan doh yang telah dibentukkan tadi ke dalam air panas yang mendidih dan biarkan sampai ia terapung dan baru angkat dan masukan pula kedalam air biasa yang ditaruk dalam bekas. Ini bertujuan untuk biji-biji nangka itu tidak melekat antara satu sama lain. Selepas itu baru angkat dan toskan seperti gambar dibawah.

 

Seterusnya didihkan santan, gula, daun pandan, sagu dan secubit garam. Kemudian baru masukan biji nangka tadi seperti gambar di bawah.

 
Apabila bubur sudah mendidih dan biji-biji nangka tadi sudah timbul didalam didihan santan tersebut boleh ler tutup api dan sedia untuk di makan.
 
 

 
Senang n mudahkan ...






KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

Salam hari Khamis semua...
Minggu lepas teringin nak makan something yang manis dan bercheese, so bila google dapat ler satu resepi ni iaitu KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE hehe. So let see resepinye dan gambar kek yang telah siap di buat.

Resepi:  Yatie Sinar Kehidupanku

Loyang 8x8x3 inci

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.





Rasanya memang sedap hahaha, masuk bakul angkat sendiri pulak tapi tak apa sendiri yang angkat kan kan kan.... So thank you so much yang empunya resepi