So how.......... Nampak sedap tak? Bukan saje Nampak sedap tapi memang sedap tau hehehe puji diri sendiri pulak.
Bahan-bahan
3 keping daging buger Ramli
(saya suka pakai daging buger coz dia dah ada perasa berbanding daging cincang)
1/3 batang carrot (dipotong dadu)
5 ketul cendawan butang (dibelah 3)
1/2 ketul bawang merah (dipotong dadu)
2 ulas putih (dipotong dadu)
1 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 tin puri tomato
sedikit air
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan daging buger.
2. Kacau sampai naik bau masukkan puri tomato, sos tiram, dan sos cili.
3. Setelah sebati masukkan sedikit air serta bahan perasa iaitu garam, gula dan lada sulah.
4. Seterusnya masukkan carrot dan juga cendawan butang, dan masak sampai mendidih.
5. Disamping itu, celurkan spaghetti tadi dengan mengisi air ke dalam periuk dan sesudu minyak serta sedikit garam dan taruk diatas api.
6. Bila sudah menggelegak air tadi masukkan spaghetti kedalam periuk dan celur sampai sphagetthi tadi menjadi lembut.
7. Toskan spaghetti serta taruk kedalam pinggan dan tuangkan kuah yang telah siap tadi.
-SIAP UNTUK DIMAKAN-