Pages

Monday, 7 April 2014

SPAGHETTI.....

MEH TGK DULU SPAGHETTI .....


So how.......... Nampak sedap tak? Bukan saje Nampak sedap tapi memang sedap tau hehehe puji diri sendiri pulak.

Bahan-bahan

3 keping daging buger Ramli
 (saya suka pakai daging buger coz dia dah ada perasa berbanding daging cincang)

1/3 batang carrot (dipotong dadu)

5 ketul cendawan butang (dibelah 3)

1/2 ketul bawang merah (dipotong dadu)

2 ulas putih  (dipotong dadu)

1 sudu sos tiram

3 sudu sos cili

1 tin puri tomato

sedikit air

sedikit lada sulah

sedikit garam

sedikit gula


Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan daging buger.
2. Kacau sampai naik bau masukkan puri tomato, sos tiram, dan sos cili.
3. Setelah sebati masukkan sedikit air serta bahan perasa iaitu garam, gula dan lada sulah.
4. Seterusnya masukkan carrot dan juga cendawan butang, dan masak sampai mendidih.
5. Disamping itu, celurkan spaghetti tadi dengan mengisi air ke dalam periuk dan sesudu minyak serta sedikit garam dan taruk diatas api.
6. Bila sudah menggelegak air tadi masukkan spaghetti kedalam periuk dan celur sampai sphagetthi tadi menjadi lembut.
7. Toskan spaghetti serta taruk kedalam pinggan dan tuangkan kuah yang telah siap tadi.
 
-SIAP UNTUK DIMAKAN-




















KEK BATIK

OKEY JOM KITA MEMBUAT KEK BATIK......

Bahan2

2 paket biskut merrie (dipatah2kan)
1 paket milo 200g
1 tin susu
250g @ satu buku butter cup
Bluebarry kering

Cara2
Masuk dalam kuali butter cup, bila dah cair masuk susu. Kemudian masukkan pula milo dan kacau sampai sebati. Pastu tutup api masukkan pula biskut dan gaul hingga rata. Setelah rata masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga padat supaya bila potong dia tak kan hancur. Blueberry kering tadi di taburkan bersama biskut tadi dan sedikit di lapisan paling atas.

Selamat mencuba....





RENDANG DAGING

Morninggggg......

Banyaknye ler masakan dan juga kuih serta kek yang nak di updated ni, sampai tak tahu yang mana satu nak di update dulu. Ni ler dia gara-gara dah lama tak update blog banyak sangat masakkan yang nak ditunjukan. Meh kita tgk rendang daging yang saya buat.




 
Bahan-bahan

1kg daging batang pinang 
3 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
blend bahan2 kat atas ni sampai hancur.

Cili  kering blend (ikut tahap kepedasan masing2)
1 paket kerisik
Gula Melaka
Garam
Daun Kunyit (ricih)
Cara-cara Membuatnya


1.  Tumis bahan-bahan blend tadi sampai naik bau.

2.  Masukkan cili mesin dan masak dengan api perlahan. Bagi cili tu masak betul.

3.  Bila agak-agak dah masak cili tu, masukkan daging tadi dan kacau

4.  Masukkan santan cair (pati santan + air) dan kacau.

5.  Biar sampai mendidih. Bagi daging masak


6.  Masukkan pati santan. Kacau seketika. Pastu masukkan kerisik dan perasakan dengan  gula n garam.

7.  Masukkan daun kunyit n kacau sebati.


KUIH SAMPERIT...

Salam,

Wow.... lamanye tak up date blog. Almaklum ler sibuk pulak di tahun 2014 ni. So now di tgh mlm yg sunyi ni dan mata pun tak ngantuk lg boleh ler saya nak kongsikan resepi kuih samperit yg dah lama buat tapi tak sempat nak update hehehe.... K resepi tertera di gambar yg last tu yer,  malas pulak nak menaip memalam ni haha. Lagi pun resepi tu kawan yg bagi melalui wassap so upload je blk....