Di suatu petang yang dingin kerana lepas dari hujan, terasa ler pulak nak makan kek yang ada bau and rasa2 OREN. Tangan diangkat kaki digerakan untuk bergerak untuk membuat kek tersebut. setelah siap sebelum masuk oven anak pun bertanya " mama buat kek coklat ke?" saya pun menjawab "bukan, kek oren" anak bertanya lagi " kek oren ada coklat tak?" so tanpa menjawab sepatah pertanyaan anak tadi terus buka peti ais ambik coklat chip taburkan diatas kek tu. Mama pun membalas pertanyaan anak tadi " tu ada coklat mama letak kat atas kek tu" anak pun suka.... Kesimpulanya dapat ler kek oren seperti di bawah hahaha....
RESEPI
1 cawan tepung naik sendiri
130 gram mentega
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca
besar
2 biji telur gred A asingkan putih dan
kuning
sedikit esen oren
1 biji oren, parut kulit
sedikit jus oren
Cara-caranya :
Panaskan oven pada suhu
175C,
Putar Mentega dan gula hingga putih,
Masukkan kuning telur satu persatu dan putar
sehingga gebu.
Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren,
[Dalam bowl lain]
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus hingga kental.
Gaul putih telur tersebut dalam adunan sebelumnya tadi. hingga rata dan sebati.
Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.
TQ blog cik tiemah diatas resepi ini...
No comments:
Post a Comment