Pages

Wednesday, 3 June 2015

KEK MINION....

 
ASSALAMMUALAIKUM...
Okey apa yang anda lihat? this is the first kek yang I make sebenarnya. gambar ni dah lama sebenarnya k.
belek punya belek gallery dalam phone tiba2 ada pulak gambar kek ni..
tergelak tgk kek ni sesorang. but that time kan bila siap je kek ni I  rasa cantik sangat kek ni huhuhu( angkat bakul sendiri).
now bila I tgk balik kek ni rasa malu pulak n baru sedar yang kek ni tak cantik pun sebenarnya...
Dah ler that time buat kek ni siap terus upload kat FB hehehe teruja konon.. wahhhhhhh sekarang baru terasa malunya. So no resepi for this kek coz u all tengok pun tak selera kan nak mintak resepinya :o), ....
 


Wednesday, 4 February 2015

Roti















Meroti ler kita....apa guna beli breakmaker kalu simpan je kan...jadi ler roti org kampung hahaa...marah pulak org kampung engkau yg tak pandai buat org kampung gak yg dapat namakan hehehe....sedangkan org kampung lg pandai buat kot huhuhu...


Tuesday, 20 January 2015

APAM POKODOT

Hai u all...
Hari ni kita bukan nak berkongsi resepi tapi just lebih nak tunjukkan gambar apam yang I buat je hehehe.
Kalau nak resepinya sila buka di SINI coz saya dah pernah kongsikan dahulu. So how?
Ini semua atas permintaan anak lelaki I ler ni, kalau tak ikutkan ati tu cukup sekadar apam polkadot cepat sikit siapnya. Walaupun tak pandai sangat just go ahead asal ada rupa cukup  :),

Inilah yang terhasil.






PUFF PAI EPAL

 Morning... morning... morning semua.
Jom hari ni kata buat puff epal pai.
Rasanya memang sedap sama rasa dengan yang kita beli kat Mc Donald tu.
 
 
 
 
BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-
  • 2 biji epal hijau
  • 1 genggam cranberry kering (atau kismis)
  • 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 camca besar penuh gula perang
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
  • 2 camca besar penuh mentega
  • Secubit garam
  • 8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
  • 1 kuning telur, untuk menglis
CARA MEMBUATNYA :-
  1. UNTUK INTI EPAL :- Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut dan gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian...
 
  1. UNTUK PUFF PASTRY EPAL PAI :- Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
  2. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit (UNTUK OVEN SAYA TAU.) Setiap oven lain-lain kepanasanya mengikut saiz oven anda. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....
 
TQ kepada yang empunya resepi  **DAPUR TANPA SEMPADAN**  memang tak rugi buat resepi ni dan pasti akan menjadi punya. K jumpa di lagi dilain resepi.

Monday, 19 January 2015

HAPPY COKLAT

Assalamualaikum  Dunia....
teringat pulak kat lagu faisal tahir hehehe.
How u all punya life arini, ada okey ke?
I'm happy today... but I don't know why..
So I nak belanja satu picture for u all iaitu .....
COKLAT
I think sbb makan ni kot tu yang rasa happy je...
coklat ni coklat biasa je iaitu compound coklat I just buat bulat-bulat
 coz tak ada acuan,, tapi kat dalamnye ada kacang, ada manga kering
n ada yang taruk kismis. So it delicious to eat walaupun ia nampak cam
hodoh je kan huahua.....
 
 


Thursday, 8 January 2015

SAYUR CAMPUR + SAMBAL BILIS TUMBUK

Malam td encik suami tak ada, so nak kuar malas pulak tambahan kena bawak anak2 sekali pergi, jadi buka peti ais cari je ler apa2 yang ada untuk dimasak. My idea nasi panas + sambal bilis tubuk + sayur campur udang/ayam + kicap manis kipas udang....Enough for tonight...




Wednesday, 7 January 2015

KEK OREN

 
Di suatu petang yang dingin kerana lepas dari hujan, terasa ler pulak nak makan kek yang ada bau and rasa2 OREN. Tangan diangkat kaki digerakan untuk bergerak untuk membuat kek tersebut. setelah siap sebelum masuk oven anak pun bertanya " mama buat kek coklat ke?" saya pun menjawab "bukan, kek oren" anak bertanya lagi " kek oren ada coklat tak?" so tanpa menjawab sepatah pertanyaan anak tadi terus buka peti ais ambik coklat chip taburkan diatas kek tu. Mama pun membalas pertanyaan anak tadi " tu ada coklat mama letak kat atas kek tu" anak pun suka.... Kesimpulanya dapat ler kek oren seperti di bawah hahaha....
 
 


RESEPI

1 cawan tepung naik sendiri 

130 gram mentega

1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar

2 biji telur  gred A asingkan putih dan kuning

sedikit esen oren

1 biji oren, parut kulit

sedikit jus oren



Cara-caranya :

Panaskan oven pada suhu 175C, 

Putar Mentega dan gula hingga putih, 

Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sehingga gebu. 

Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, 

[Dalam bowl lain]

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus hingga kental.

Gaul putih telur tersebut dalam adunan sebelumnya tadi. hingga rata dan sebati. 

Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.


 TQ blog cik tiemah diatas resepi ini...

 

















Selamat petang semua....
Today nak update sikit byk benda yang dimasak tp tak sempat untuk di post. Bila dah byk bebenor ni mula ler tak tau yg mana satu nak di update dulu huhuhu.... So how my pizza, okey tak rupanya? kalau nak resepinya sila google coz saya pun cari kat situ juga. lagi pun dah tak ingat pulak blog sape saya ambik untuk resepi ni. walauapapun TQ kepada yang empunya resepi.....